Monday 5 May 2014

"JOM BUAT BAJA DAN RACUN ORGANIK YANG MURAH, MUDAH, SELAMAT DAN HALAL UNTUK DIMAKAN".


             Pada tanggal 5 dan 6 April tahun 2014....Saya telah mengikuti satu kursus Kebun Dapur yang dianjurkan oleh KEMAS Negeri Melaka. Saya merasa benar-benar bertuah kerana terpilih mengikuti kursus tersebut. Dalam kursus ini saya diajar cara membuat baja dan racun organik yang murah, mudah , selamat dan halal untuk dimakan.

       Kenapa saya kata ia murah ??? Sebab ianya menggunakan bahan-bahan yang sudah rosak ataupun busuk. Kenapa saya kata ia mudah dan selamat??? Sebab ia cuma mengambil masa 30 minit untuk menyiapkan baja dan racun organik tersebut. Selamat...untuk dimakan walaupun baru di sembur dengan racun organik. Kenapa saya kata HALAL??? Sebab ianya dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan...
             Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat baja organik ialah buah-buahan yang busuk seperti pisang , betik ( Buah yang masam tak boleh ), kangkung dan ikan yang telah busuk atau lama berada di dalam  peti sejuk. Manakala bahan yang digunakan untuk membuat racun organik ialah bawang putih , halia dan cili api.
           Cara-cara membuatnya ialah, ambil buah betik timbang sebanyak 1 kg dan dipotong dadu . Gaulkan betik yang telah dipotong dengan 1 kg gula merah. Kemudian masukkan betik yang telah digaulkan dengan gula merah kedalam bekas telap plastik. Tutup bekas telap tersebut dengan kertas putih. Setelah seminggu barulah ambil pati ( air) sebanyak 1 sudu dan campukan dengan 1 liter air untuk disiram sebagai baja . Ulang cara ini untuk membuat baja yang lain  dengan sifirnya 1kg bahan yang lain seperti  kangkung ataupun ikan,  digaulkan dengan 1 kg gula merah.Untuk baja ikan perlulah di peram selama sebulan.
        Bagi membuat racun pula, hiris nipis-nipis halia ataupun bawang putih   bersama  kulitnya dan campurkan dengan 1kg gula merah.Peram selama seminggu...setelah itu boleh di sembur pada sayur-sayuran kita. Racun yang paling mudah pula, menggunakan 1 genggam cili api di blender  dan dicampukan dengan 1 liter air. Tapis sebelum guna.
Tenggoklah sayur-sayuran saya ...gemuk tak...

Si Bongsuku "Muhammad Hareez Rayyan".


          Inilah buah hatiku Muhammad Hareez Rayyan Bin Zr Zambri...Lahir pada 21 Jun 2012. Baru Berumur 1 tahun 11 bulan. Dilahirkan di Hospital Melaka.Merupakan Anak kelima dari 5 orang adik beradik.
    Dari cara memakai cermin mata , semua tentu tahu Rayyan sangat suka bergaya.Dalam usia 39 tahun saya mengandungkan zuriat saya yang terakhir ini. Berbagai cemuhan dan tomahan yang timbul semasa Rayyan didalam kandungan saya. Mana taknya, rata-rata orang akan berkata ""tak sedar diri dahlah OKU tapi masih mengandung lagi". Saya terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda kerana anak saya ini berada dalam kedudukan sengget ketika dalam kandungan.Tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Biarlah apa orang nak kata, janji saya bahagia , ada suami dan anak-anak yang sangat menyayangi saya.
Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan saya, anak yang comel ini. Semuga saya dapat melihat zuriat saya membesar , bersekolah , bekerja dan berumahtangga kelak.
INSYAALAH- AMIN.